Ustaz Adnin ‘sound’ team produksi drama babak panas Perempuan Itu

Hujung minggu lalu, industri hiburan dikejutkan dengan video babak panas membabitkan pelakon Zul Ariffin dengan pelakon baharu, Siti Hariesa.

Apa yang membuatkan ramai pihak marah ialah kerana mereka mendakwa adegan yang dilakonkan itu keterlaluan dan melampaui batas sebagai pelakon beragama Islam.

Rata-rata mengecam perbuatan mereka termasuk pendakwah bebas, Ustaz Adnin yang turut disoal netizen mengenai pendapatnya berhubung isu tersebut.

Menurutnya, jangan sesekali menggadai nilai agama demi mendapatkan rating tinggi untuk mempromosikan sesebuah hasil karya seni.



“Kerana dunia, sanggup gadai agama. Kerana nama, kau sanggup lukakan baginda Nabi SAW. Kepada pelakon, penerbit, director, production, dan semua kru industri hiburan tanah air, jangan jadikan nama, pangkat, harta, takhta sebagai tuhan kalian sehingga sanggup gadaikan perintah Allah hanya untuk dapatkan habuan dunia yang hakikatnya sementara.

“Nak famous sangat nak pergi mana? Nak kaya sangat nak pergi mana? Last-last dunia ni kejap je. Mati masuk kubur, semua pencapaian kita kat dunia tu tak berguna. Yang berguna iman dan amal kita je. Takkan sebab nak dunia yang sementara ni, sanggup gadaikan akhirat yang kekal abadi?” ulasnnya.

Video babak panas itu merupakan adegan daripada drama terbaharu berjudul Perempuan Itu yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini.

Namun difahamkan adegan tersebut tidak akan dimasukkan dalam drama berkenaan untuk tontonan umum.



Selain Zul dan Hariesa, drama terbitan syarikat produksi milik Erma Fatima itu turut dibintangi Mimi Lana dan Iqbal Zulkefli. – my-tv online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker