Akhirnya DAP dipimpin oleh bekas banduan

 

Kejutan dalam Kongres Ke-17 Parti Tindakan Demokratik-DAP, akhirnya seorang bekas banduan diangkat untuk memimpin parti tersebut.



Lim Guan Eng, yang mendapat 1,311 undi dan berada di tempat ke-8 dalam undian CEC DAP kini Pengerusi DAP Kebangsaan.

Sebagai rekod, Lim Guan Eng pernah menjadi banduan sebanyak 2 kali sepanjang karier politiknya.

Kali pertama beliau dihumbankan ke penjara pada tahun 1987 dalam Ops Lalang dibawah Akta ISA bersama 106 ahli politik lain. 

Kali ke-2 Guan Eng dimasukkan ke penjara pada tahun 1998 dibawah Akta Hasutan dan Akta Percetakan dan Penerbitan kerana mencetak berita palsu.



Bagaimana ahli DAP boleh menerima seorang bekas banduan menjadi Pengerusi Kebangsaan DAP? Intergriti DAP kini menjadi persoalan besar kepada pemerhati politik. 

Sudahlah kecelaruan mengenai kedudukan pemenang undi terbanyak CEC DAP diperkatakan apabila Gobind yang mendapat tempat pertama hanya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan. 

Lim Guan Eng pula dilihat telah ‘merampas’ kedudukan yang sepatutnya milik Gobind.



Adakah hanya kerana beliau merupakan bekas Setiausaha Agung DAP dan anak kepada Lim Kit Siang yang kini menjadi Penasihat DAP?

Ahli DAP sewajarnya berasa malu dan maruah parti itu hanya untuk kepentingan pemimpin tertentu dalam parti. Bukannya ‘Bersih Suci’ seperti yang selalu dilaungkan mereka.

Mampukah ahli DAP menyandarkan harapan kepada Guan Eng untuk membawa perubahan yang lebih berkarisma untuk kembali bersaing dalam arus politik negara selepas episod kekalahan PRK dan PRN?

Adakah Setiasusaha Agung DAP yang baru, Anthony Loke mampu keluar dari bayang-bayang Lim Guan Eng dan Dinasti Lim?



Selama mana Pakatan Harapan akan bertahan sebagai sebuah gabungan parti dan adakah jaminan tiada perubahan drastik dibawakan Setiausaha Agung DAP yang baru? 

Mampukah seorang Bekas Banduan menggepalai DAP tanpa bantahan seperti mana ketika zaman Dinasti Lim berkuasa?

Gobind menang tetapi tetap nombor 2



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button