Azalina terkilan Akta Anti Lompat Parti ditangguhkan
Sebagai penyokong kuat terhadap Undang-undang Anti Lompat Parti (AHL), saya berasa terkilan dengan keputusan Kabinet untuk menangguhkan pembentangan Undang-undang Anti Lompat Parti dalam sidang parlimen ini.
Di samping saya cuba untuk memahami perkara yang dibimbangkan oleh Kabinet, saya memohon Kabinet untuk menjawab beberapa soalan.
1. Dengan komitmen untuk memperkenalkan Undang-undang Anti Lompat Parti yang diperolehi daripada MoU dwi-partisan, bukankah ia bermakna sokongan akan diperolehi seperti yang dipersetujui dan juga diatur dengan cara yang serupa dengan kelulusan pindaan perlembagaan MA63 dengan mandat majoriti yang besar daripada Ahli Parlimen di Parlimen?
2. Bukankah Undang-undang Anti Lompat Parti dianggap sebagai Jaminan atau Matlamat Utama daripada Wakil Rakyat kepada pengundi semasa pilihan raya? Bukankah rakyat adalah kepentingan utama kita, dan bukannya ahli politik?
3. Bukankah ‘RECALL Law’ akan menjadi penawar terbaik kepada Kerajaan sebagai komitmen yang tepat dan terbaik kepada pengundi?
4. Ini adalah pandangan peribadi saya sebagai seorang Ahli Parlimen Pengerang dan juga Pengundi:
RECALL LAW
4.1. Untuk melihat Pelaksanaan ‘RECALL LAW’ menjadi sistem yang lebih baik, sebagai penghalusan yang lebih lanjut kepada Undang-undang Anti Lompat Parti yang hangat dibincangkan. Undang-undang Anti Lompat Parti yang dibincangkan pada masa ini mempunyai beberapa kelemahan dan tidak sesuai bagi keadaan seperti berikut:
– Ahli Parlimen dalam sesuatu parti yang bersama parti itu telah berpindah dari satu gabungan ke satu gabungan yang lain,
– Ahli Parlimen dalam sesuatu parti yang telah berpindah, yang memilih untuk meninggalkan parti itu untuk kekal dalam gabungan sebelumnya,
– Ahli Parlimen bebas yang memilih untuk menyertai parti politik,
– Ahli Parlimen parti politik yang meninggalkan parti politik untuk menjadi ahli parlimen bebas, dan
– Ahli Parlimen yang digulingkan oleh parti politik mereka secara paksa atau rela.
4.2. Dalam ‘Recall Law’, pengundi sendiri yang akan memutuskan sama ada tindakan berpindah parti oleh ahli parlimen, sama ada dari satu parti ke parti yang lain, dari satu gabungan ke gabungan yang seterusnya atau menjadi ahli parlimen bebas, adalah berdasarkan keputusan mereka.
4.3. Jika seseorang itu bimbang ia akan membawa kepada percubaan yang membimbangkan dan tidak penting dalam menggulingkan ahli Parlimen, seseorang itu tidak perlu risau. Petisyen awal, dengan beberapa bilangan prasyarat minimum, tandatangan pemilih dari kawasan pilihan raya akan dikumpulkan terlebih dahulu sebelum proses ‘recall’ boleh dimulakan.
Hanya dalam proses ‘recall’, pengundi dalam sesuatu kawasan akan menentukan sama ada Ahli Parlimen berkenaan perlu mengosongkan kerusinya. Hanya selepas mengosongkan kerusinya selepas berjaya dipanggil semula, barulah pilihan raya kecil akan diadakan.
4.4. Ini sudah tentu akan dapat menyelesaikan kebimbangan yang dihadapi oleh Menteri Undang-undang sekarang dalam menentukan apa itu Lompat Parti.
4.5. Jika ada sebarang keperluan mengenai ‘RECALL LAW’, saya mencadangkan bahawa ia akan menjadi persoalan kos kepada SPR.
‘Recall Law’ di sini merangkumi 3 peringkat, yang selalunya memerlukan kos yang lebih tinggi daripada mekanisme satu peringkat yang terdapat dalam Undang-undang Anti Lompat Parti konvensional.
MoU DWI PARTISAN
Walau bagaimanapun, kita mesti mengambil tahu tentang matlamat Kerajaan pada hari ini untuk melaksanakan Undang-undang Anti Lompat Parti, atau dalam apa-apa bentuk yang serupa, seperti yang ditetapkan dalam MoU dwi-partisan.
Dari perspektif yang lebih luas, adalah penting bagi negara untuk mengadakan Undang-undang Anti Lompat Parti sebelum PRU15, bagi memastikan sebarang pembentukan kerajaan selepas PRU15 akan kekal stabil untuk pengundi biasa dalam meneruskan kehidupan seharian mereka.
Bagi pengetahuan semua, UMNO dan BN tidak pernah menyokong penangguhan RUU itu untuk tidak dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini.
Ucapan Timbalan Presiden dan Presiden baru-baru ini sepanjang 4 hari Perhimpunan Agung UMNO juga menunjukkan konsistensi yang cukup dari Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor sehinggalah sekarang bahawa UMNO menyokong Undang-undang Anti Lompat Parti dan mahu melihat berakhirnya KOLONI KATAK dan Pengkhianatan terhadap Pengundi.
Besarlah harapan saya, supaya semua parti politik yang mengutamakan hak pengundi secara terbuka untuk terus menyokong Undang-undang Anti Lompat Parti, mempertimbangkan ‘Recall Law’, dan bersuara mengenai penangguhan itu.
Sebagai wakil rakyat, kita telah diberi mandat oleh pengundi untuk menegakkan demokrasi, dan dalam aspek ini, suara kita haruslah bersatu.
Cukuplah mengenai Undang-undang Anti Lompat Parti. Cukuplah berulang-alik dalam pelbagai sesi libat urus. Dewan Rakyat ialah Rumah Rakyat, bukan tempat perlindungan bagi katak!
AZALINA OTHMAN SAID
MP PENGERANG
21 MAC 2022