Dah catat lebih 1 juta tontonan, muzik video single baru DSV terima reaksi pelbagai dari netizen

Langkah usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya, Datuk Seri Hasmiza Othman dalam menarik perhatian netizen nampaknya berbaloi apabila namanya sekali lagi menjadi trending menerusi muzik video (MV) single terbaharu nyanyiannya, Ku Ikhlaskan.

Setakat artikel ini ditulis, MV Ku Ikhlaskan yang mula dimuat naik pada jam 3 pagi Isnin sudah berjaya mencatatkan jumlah tontonan lebih 1.1 juta.

Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan komen terhadap mutu nyanyian serta konsep persembahan yang dipaparkan menerusi MV tersebut.

Ada yang mengecam dan tidak kurang juga ada yang menyukai konsep MV Vida yang disifatkan segar serta unik dengan pemilihan busana menarik dalam MV arahan Kel Wen itu.



Malah ada juga yang memuji tone suara Vida seakan-akan penyanyi popular era 80-an, Zaiton Sameon! Wah, kalau dah dipuji sebegitu rupa, mungkin peluang Vida untuk bergelar salah seorang finalis Anugerah Juara Lagu untuk edisi yang akan datang semakin cerah.

Secara jujurnya, penulis turut kagum dengan konsep persembahan unik serta lain daripada yang lain yang diketengahkan oleh pengarahnya, Kel Wen yang juga merupakan pereka fesyen bagi jenama Behati.

MV Ku Ikhlaskan menelan belanja sebanyak RM400,000 dan telah menjalani penggambaran selama lima hari di sekitar Kuala Lumpur dan Genting Highlands.

Mungkinkah selepas ini akan ada single raya daripada Vida bagi menyemarakkan lagi industri hiburan tanah air? Kita tunggu dan lihat! – my-tv online



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker