Lim Guan Eng kena sindir dalam Kongres DAP

 

Kongres Parti Tindakan Demokratik-DAP yang telah berlangsung membuka pekung sebenar pemimpin parti itu. Seorang perwakilan menyindir Lim Guan Eng menerusi ucapannya.

Perwakilan tersebut mendakwa DAP sebagai sebuah parti yang sentiasa di hadapan dalam memerangi amalan rasuah serta penyelewengan dan kronisme.

Mungkin perwakilan tersebut ‘terlupa’ bekas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merupakan individu yang dikaitkan dengan rasuah di Mahkamah.

Beliau juga dikaitkan dengan penyelewengan serta kronisme apabila dilantik sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan walaupun hanya mendapat tempat ke-8 dalam undian CEC DAP 2022.

Semua tahu bagaimana seorang saksi menyatakan dalam Mahkamah, Lim Guan Eng meminta 10% komisen projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Jika ditukarkan 10% kepada nilai wang, jumlahnya mencecah jutaan ringgit. Adakah itu bukan rasuah? Atau DAP ada definisi yang lebih baik dari rasuah?

BACA SINI

Amalan kronisme dalam DAP sendiri menular dengan penguasaan ‘Dinasti Lim’ selama ini. Bermula dari Lim Kit Siang yang pernah menjadi Setiausaha Agung diwarisi pula Guan Eng selama beberapa tahun.

Kini dalam pemilihan CEC, seorang lagi waris ‘Dinasti Lim’ telah bertapak. Ada kemungkinan waris tersebut akan mengambil alih jawatan Setiausaha Agung selepas menyerahkannya buat seketika kepada Anthony Loke Siew Fook.

Akhirnya DAP dipimpin oleh bekas banduan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker