Menteri Kesihatan tukar portfolio jadi ‘Along’?

 

Berikutan penularan foto veteran DAP, Lim Kit Siang berpelukan selepas Kongres DAP baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi KKM telah mengeluarkan kompaun kerana pelanggaran SOP.

Bagaimanapun Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ mengeluarkan satu ciapan mengaitkan kompaun terhadap Dato Sri Najib kerana pelanggaran SOP ketika kempen PRN Johor.

 

 

Tindakan KJ mengaitkan Najib dalam urusan kompaun terhadap Lim Kit Siang tidak ubah seperti ‘ALONG’ meminta hutang dari peminjam sedangkan Najib tidak berada bersama Kit Siang semasa foto Kongres DAP diambil.

Sepatutnya urusan kompaun KKM terhadap Najib boleh diuruskan oleh KJ dengan lebih baik samada dihantar menggunakan Pos Berdaftar atau memberi terus kepada Najib semasa sidang Parlimen.

Apa masalah KJ mahu menyaman Kit Siang tetapi menyindir Najib? 

KJ seperti diketahui umum sangat menjaga SOP Najib ketika kempen PRN Melaka sehingga PRN Johor. Beliau tanpa ragu-ragu mengarahkan pasukan petugas KKM memantau setiap pergerakan Najib turun berkempen dan mengeluarkan saman jika berlaku pelanggaran SOP.

Ini agak berbeza bila melibatkan pemimpin dari parti lain. Agak musykil bila difikirkan namun selaku Menteri Kesihatan, KJ menjalankan tugas beliau.

Mungkin KJ ada alasan tertentu mengapa beliau begitu mengambil berat urusan Najib dan seperti menutup sebelah mata bila melibatkan pihak lain terutama dari parti lawan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker