BILA USTAZ EBIT LEW JADI ‘MICKEY MOUSE’, KEJUTAN UNTUK ANAK ISTIMEWA

 

“Bahagia sangat hati di Petang Jumaat. Saya jadi Mickey belanja belanja adik di @paramountcoffeehousee Belanja anak ini anak patung dan sedikit angpow. Happy sangat tengok anak ini semua.



“Di kala kita rasa berat ada anak yang sangat istimewa. Mak ayah nya terpilih melalui ujian kerana kasih sayang Allah. Ustaz, saya berdoa nak jumpa ustaz. Minat sangat dekat ustaz. Rezeki kami dapat bertemu ustaz. Allah sayang abang kakak semua. Semoga sentiasa bahagia dan Allah kabulkan doa.

“Saat tengok anak ini senyum atau happy. Terasa bahagia. Lagi bahagia dapat senyuman wajah mak ayah yang hadir. Ada rezeki kita bertemu lagi yer,” demikian tulis pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew apabila dia sanggup memakai kostum Mickey Mouse membuat kejutan kepada anak-anak istimewa di Paramount Coffee House.

Kata beliau, kebahagiaan jelas terpancar sebaik melihat anak-anak ini tersenyum bahagia. Malah, beliau berbesar hati mendapat tahu ibu bapa teruja bertemu mata dengannya.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

Lebih menghiburkan apabila Ustaz Ebit membuat kejutan buat anak-anak pula apabila pulang ke rumah. Dia dilihat masih memakai kostum membuat aksi melucukan di depan anak. Ramai yang memuji cara ustaz menggembirakan anak dan isteri walaupun sering sibuk dengan urusan seharian.

“Dah balik lewat malam. Anak belum tidur. Terus masuk rumah pakai mickey. Anak terkejut. Sekali dah tahu baru gelak ketawa. I love you anak-anakku. Muah Terima kasih Allah. Bahagia saat dapat tengok senyuman bidadari dan anak-anak,” katanya.

Ustaz Ebit Lew sering dikenali sebagai seorang yang selalu turun padang membantu masyarakat memerlukan. Tidak kira bangsa dan agama, Ustaz Ebit Lew tanpa lelah memberikan yang terbaik buat mereka. Sikap mulia yang ditonjolkan ini membuatkan beliau disenangi ramai.



Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg



Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg



Image_11.jpg

Image_12.jpg

Image_13.jpg

Image_14.jpg



Image_15.jpg

Image_16.jpg

Image_17.jpg

Image_18.jpg

Image_19.jpg

Image_20.jpg

Image_21.jpg

Image_22.jpg

 

Ebit Lew Jadi ‘Mickey’ Gembirakan Anak Syurga


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading