Tak putus asa, Elizad cuba rawatan IVF buat kali kedua

Pernah mengecapi nikmat hamil hanya beberapa minggu pada tahun 2020 sebelum disahkan keguguran, pelakon Siti Elizad tidak berputus asa dalam usahanya untuk menimang cahaya mata sendiri.

Terbaharu, Elizad, 38, berkongsikan perjalanan keduanya melakukan rawatan kesuburan in-vitro fertilisation (IVF) di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.

“Susahnya nak dapat awak ni. Tempat yang sama, harapan yang sama. InshaAllah soon, journey kedua. Sedang memilih bulan yang sesuai dan tak busy. Check dinding rahim dulu pagi ni,” kongsi Elizad.



Terdahulu, Elizad menjalani rawatan IVF buat pertama kali pada Februari 2020 sebelum disahkan mengalami keguguran pada November tahun sama selepas seminggu disahkan hamil.

Penyampai radio Sinar FM itu mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015. – my-tv online.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button