Annuar ingatkan Teresa, KL bukan untuk peniaga besar sahaja

MENTERI Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa mengingatkan Ahli Parlimen Seputeh bahawa Kuala Lumpur bukan milik gedung perniagaan besar sahaja.

Menuruat Annuar, peniaga kecil di tepi jalan juga berhak untuk dibantu lebih-lebih lagi di waktu rakyat sedang mengalami kesukaran.

Teresa berkata, kenyataan Annuar itu agak bahaya kerana akan menyebabkan orang ramai melanggar undang-undang tempatan.



“Saya agak hairan dengan kenyataan yang dibuat oleh menteri ini kerana beliau seolah-olah Wilayah Persekutuan ini adalah kawasan Parlimen Ketereh di negeri Kelatan, yang mana semua orang boleh buka stall, meja, buka apa-apapun, jual apa-apapun di mana-mana tempat.

“Dan kenyataan seperti ini adalah agak bahaya kerana ia akan buka flap gate yang akan mengalakkan ramai orang di Kuala Lumpur dan Putrajaya melanggar undang-undang dan peraturan kerajaan tempatan,” kata Ahli Parlimen Seputeh itu.

Annuar berkata, kenyataan Ahli Parlimen DAP itu kononnya dia mahu menjadikan Wilayah Persekutuan seperti Parlimen Keterah di Kelantan merupakan satu penghinaan kepada penduduk di kawasannya itu.

“MP Seputeh sewaktu perbahasan telah menghina rakyat Ketereh,kononnya dengan saya membenarkan rakyat mudah berniaga saya nak menjadikan KL macam Ketereh.



“Saya nak ingatkan beliau, KL bukan hanya untuk peniaga gedung besar. Penjaja kecil tepi jalan juga berhak, apalagi waktu rakyat susah!” tegas Annuar. SM

DAP PERSOAL TINDAKAN TERHADAP AL-JAZEERA, MENTERI BERI JAWAPAN ‘SEMPOI’

DAP PERSOAL TINDAKAN TERHADAP AL-JAZEERA, MENTERI BERI JAWAPAN ‘SEMPOI’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button