Hamzah Zainuddin bakal tukar kerusi parlimen?

Ahli Parlimen Larut, Dato Seri Hamzah Zainuddin dikatakan akan bertukar kerusi parlimen pada PRU15 bagi mengekalkan kedudukannya dalam parti PPBM.

Menteri Kementerian Dalam Negeri itu juga dikatakan sedang mengintai kerusi yang lebih selamat di Perak.

Antara kerusi yang dijangkakan selamat untuk Hamzah ialah Bukit Gantang, Parit Buntar, Kuala Kangsar dan Tambun.

Pada PRU14, beliau menggunakan tiket BN memenangi kerusi Larut dengan 18,184 undi menewaskan calon PAS dan PPBM.

Bagaimanapun pada Disember 2018, Hamzah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia-PPBM dan dilantik sebagai Setiasuaha Agung PPBM oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hamzah juga terpalit dengan kontroversi yang didedahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai campurtangan beliau dalam urusan PDRM.

Beliau yang semakin kehilangan sokongan di Larut perlu mengekalkan kemenangan bagi memastikan karier politiknya tidak berakhir. 

Ini kerana dalam PRU14, beliau mendapat kepercayaan pengundi Larut kerana bertanding mewakili UMNO namun memilih bertukar haluan selepas BN kalah pada 2018.

Sukar bagi Hamzah memperolehi kembali kepercayaan pengundi selepas mereka merasakan dikhianati.

Dengan ura-ura kewujudan ‘Gerakan Pejuang Nasional’ yang diilhamkan Tun Mahathir sudah pasti akan ada satu lagi kerjasama antara PPBM dengan parti lain bagi menentang BN dalam PRU15.

GPN dikatakan mirip seperti gabungan Pakatan Harapan tetapi hanya mensasarkan kerjasama antara PPBM, PAS, Gerakan, PEJUANG dan mungkin PKR.

Ini bagi menggantikan jenama Perikatan Nasional yang sukar diterima rakyat berdasarkan 2 Pilihanraya Negeri yang telah berlalu.

Bagi menjamin penguasaan beliau, Hamzah perlu memilih kawasan baru bagi mendapat mandat yang lebih besar. Sudah pasti Muhyiddin akan menyokong tindakan Hamzah bertukar kerusi parlimen yang akan membantu kemenangan PPBM kelak.

Adakah calon PPBM yang lain akan memberi laluan mudah kepada Hamzah pada PRU15? Apa rasional mengekalkan Hamzah dalam PPBM sekiranya GPN berjaya direalisasikan?

Akhirnya DAP dipimpin oleh bekas banduan

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker