Rafizi ‘pakar formula kencing kuat’

 

Nama Rafizi Ramli tidak asing lagi dalam dunia politik negara khususnya Parti Keadilan Rakyat-PKR. Beliau juga dikenali sebagai tokoh ‘pakar formula kencing kuat’ dalam beberapa isu yang dibangkitkannya.

Ramai masih ingat senarai tohmahan Rafizi  terhadap kerajaan dan siri formula beliau yang kononnya ‘pakar segala pakar’.

Antara siri kepakaran rafizi ialah formula menurunkan harga petrol dalam pasaran Malaysia. Ilmu ‘hisap’ yang dikemukakan oleh Rafizi sehingga kini tiada siapa dalam kalangan ahli politik mampu nafikan. 

Namun formula kekal tinggal formula apabila Rafizi lari meninggalkan PKR selepas kalah kepada Azmin Ali dalam pertarungan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Perseteruan antara beliau dan Azmin Ali bukanlah baru namun segalanya dipercayai kerana berebut ‘kasih sayang’ dari seseorang dan bukan kerana jawatan Timbalan Presiden itu sendiri.

Lihat sahaja Azmin Ali, selepas merasakan ‘kasih sayang’ sudah tiada beliau bertindak meninggalkan PKR dan menyertai PPBM. Segalanya seperti sudah terancang rapi apabila timbulnya video intim Sandakan, Azmin lari meninggalkan PKR.

Azmin-Anwar

Kini Rafizi kembali ‘menagih kasih sayang’ dari PKR. Untuk membolehkan beliau nampak ‘gagah’, sasaran beliau ialah Najib Razak. Ini kerana Najib dikategorikan sebagai ahli politik paling popular sekarang berbanding yang lain-lain.

Kini Rafizi mengorak langkah baru namun bagi pemerhati politik, langkah Rafizi sumbang apabila memilih isu Sapura sebagai platform serangan terhadap Najib Razak.

Beliau sepatutnya sedar sejarah sebenar Sapura yang dahulunya dikenali sebagai Sapura Kencana. Siapa pemegang saham Sapura Kencana ketika itu? 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker