Zlatan Ibrahimovic akui sudah ‘tua’

 

Zlatan Ibrahimovic berkata penyokong Sweden tidak boleh mengharapkan terlalu banyak daripada beliau pada kelayakan Piala Dunia dan dalam masa sama mengakui `panik’ mengenai prospek akan bersara.

Penyerang berusia 40 tahun itu digantung perlawanan pada playoff separuh akhir kelayakan Piala Dunia menentang Republik Czech awal pagi Jumaat ini waktu Malaysia, jika Sweden menang dia boleh kembali berdepan Poland bagi penentuan tempat ke pusingan akhir di Qatar.

Namun dia menyatakan tidak mampu bermain pada keseluruhan aksi perlawanan.

“Kaki saya tidak boleh tahan sepanjang 90 minit. Tetapi kita semua tahu sebelum pertembungan ini,” katanya sambil menambah dia `orang tua tetapi cergas’.



Ibrahimovic disertai dalam sidang akhbar bersama penyerang berusia 19 tahun Manchester United, Anthony Elanga yang bapanya, pemain antarabangsa Cameroon, Joseph Elanga iaitu rakan sepasukan Zlatan di Malmo pada 2000-2001.

“Raikannya ketika saya berada di padang, kerana anda tidak akan lihat perkara seperti ini,” kata Ibrahimovic.

“Anda akan lihat Elanga. Saya berkata dengan penuh hormat, tapi anda tidak akan melihat Ibrahimovic. Jadi bergembiralah selagi boleh.”

Ibrahimovic tampil dalam 22 aksi Serie A bersama pendahulu AC Milan musim ini dan menjaringkan lapan gol.

“Saya tidak takut: apa akan berlaku selepas ini? saya tahu akan dapat peluang berbeza selepas ini, bahawa saya akan mendapat banyak tawaran. Tapi kegembiraan yang saya dapat di padang tidak akan ditemui di mana-mana,” katanya.

– AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker