Zahid, Tok Mad, Najib gandingan terbaik PRN Melaka

 

Zahid,Najib, Tok Mad merupakan gandingan terbaik memacu BN dalam PRN Melaka dan mencapai kemenangan luar jangkaan.

Portal Edisi Siasat pula melaporkan seolah Presiden, Timbalan dan Naib Presiden Umno cuba untuk meraih perhatian dan menuntut kredit kemenangan BN di PRN Melaka sekaligus mengenepikan peranan Najib sepanjang tempoh kempen.

Mungkin Edisi Siasat tidak faham gerak kerja politik UMNO yang bertaraf tinggi berbanding parti lain.

Tok Mad selaku Pengarah PRN Melaka telah menjalankan tanggungjawab beliau dengan begitu cemerlang serta memikul amanah yang diberikan Zahid. Najib pula dengan aura tersendiri  berjaya mencuri perhatian seluruh Melaka.



Walau Najib sentiasa dipantau oleh Menteri Kesihatan, beliau tidak peduli dengan kekangan yang dikenakan terhadapnya.

Ini memudahkan pergerakan Timbalan Presiden Umno untuk berkempen dan bertemu jentera pilihanraya.

Edisi Siasat nampaknya cuba mencipta persepi bagi melagakan penyokong Umno dan ini tidak sihat untuk kemenangan BN di Melaka.

Adakah portal berkenaan telah digodam atau mendapat arahan pihak lawan untuk melagakan Umno dari dalam?



Kami mendapat maklumat terdapat beberapa portal turut cuba melagakan kepimpinan Umno dan penyokong menerusi persepsi yang sengaja diciptakan namun masih kekurangan bukti.

Kepada ahli Umno dan BN yang membaca, usah gusar dan risau akan kekuatan gandingan Zahid, Tok Mad dan Najib kerana mereka kekal setia bersahabat dan mahu yang terbaik untuk Umno.

Tidak pernah timbul perseteruan atau tuntutan kredit atas usaha mereka sepanjang kempen PRN Melaka. Inilah semangat sebenar UMNO untuk kepentingan rakyat seluruh negara.

UMNO tidak lemah – Tok Mat Hasan

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker