Rafizi akan lawan Azmin PRU15

 

Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dijangkakan akan bertarung dengan Azmin Ali pada PRU15 dimana-mana kerusi parlimen yang beliau tandingi.



Perseteruan Rafizi dan Azmin mempunyai perjalanan panjang sejak Azmin menjadi Menteri Besar Selangor selepas kegagalan ‘Langkah Kajang’.

Sebagaimana diketahui ramai, Rafizi ketika itu seringkali mengkritik Azmin walaupun mereka dari parti yang sama.

Antara yang diingati ialah kisah ‘Gerbang Selangor’ dimana Rafizi mahu Azmin mendedahkan nama penderma yang bermurah hati memberi sumbangan untuk kos baik pulih Gerbang Selangor.

Ketika itu seorang Azmin seringkali diasak oleh seorang individu dikenali sebagai Che’gu Bard yang turut sama membongkar perlakuan Azmin ketika menjadi Menteri Besar Selangor.



KEMUNCAK PERSETERUAN RAFIZI – AZMIN

Kemuncak perseteruan Rafizi-Azmin meletus semasa PRK Kuala Kangsar diadakan. Pada waktu itu, Rafizi langsung tidak ‘memberi muka’ kepada Azmin walau sama-sama berkempen untuk Pakatan Harapan.

Rafizi mungkin sedar ketika itu Azmin sudah menjadi ‘anak emas’ Tun Mahathir dan sudah mula menunjukkan ciri-ciri tidak taat setia kepada Presiden PKR. 

Beliau dipercayai masih menyimpan ‘dendam’ selepas kekalahan kepada Azmin semasa merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.



RAFIZI SALAH LANGKAH SERANG NAJIB

Kemunculan semula Rafizi yang cuba meraih populariti dengan menyerang Najib Razak nampak seperti tidak mendatangkan kesan. Serangan tersebut hanya memalukan Rafizi sendiri apabila Najib mengemukakan fakta-fakta yang tidak mampu disangkal Rafizi.

Untuk kembali berpengaruh dalam arena politik, maka Rafizi perlu menyediakan plan ‘B’. Kebetulan Azmin merupakan sasaran mudah bagi Rafizi serang berikutan kelakuan Azmin yang ‘lari’ meninggalkan parti.

Bagi mengembalikan keyakinan penyokong PKR, Rafizi perlu untuk menentang Azmin Ali yang dijangkakan tidak mampu bertahan di kerusi Parlimen Gombak pada PRU15.

AZMIN BAKAL KALAH DITANGAN RAFIZI?

Jika beliau dapat mengalahkan Azmin di kerusi yang ditandingi Menteri Kanan MITI sekaligus memberi pengajaran kepada bekas-bekas PKR yang memilih untuk bersama PPBM.



Persoalan yang mungkin dapat difikirkan, beranikah Azmin berdepan Rafizi kelak? Adakah Rafizi akan mengeluarkan segala formula beliau untuk memastikan kekalahan Azmin?

Jawapan ada pada Rafizi dan Azmin samada mereka akan terus berseteru atau mengambil langkah berbaik semula.

Rafizi ‘pakar formula kencing kuat’

 



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button