Selepas Zul Ariffin, Nora Danish pula dikecam tak jaga batas pergaulan

Selepas Zul Ariffin, kali ini nama aktres Nora Danish pula menjadi perhatian ramai pihak selepas dia berkongsikan video sedang berpelukkan dengan pengarah serta rakan pelakon drama Puteri.

Menerusi entri yang dimuat naik Nora menerusi laman Instagramnya, video itu memperlihatkan Nora memeluk pengarah drama tersebut, Aziz M. Osman serta rakan pelakon, Beego.

Netizen mengecam Nora yang dikatakan tidak menjaga batas pergaulan.



Malah, ada yang meluahkan rasa kesal melihat aksi mesra pelakon-pelakon tersebut yang terikut-ikut dengan budaya barat.

“Baru lepas isu Zul Ariffin, yang ini pulak, jagalah bataas agama Islam itu mudah dan indah, mana halal mana haram kita di penghujung dunia dah. Tidak dinafikan saya pun minat cerita Puteri tapi kena pandai la.. penat alim ulama nak pesan-pesan.

“Selamba je bini orang peluk laki orang. Kenapalah artis macam ini ea?” luah beberapa netizen.



Untuk rekod, drama Puteri mula ditayangkan pada 2005 dan terbaharu kesemua pelakon asal sitkom ini bergabung semula untuk Puteri Reunion yang bakal ditayangkan pada hari raya pertama nanti. – my-tv online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button