Skuad mahu bunuh Presiden Ukraine ditumpaskan

                                                                                         Photo: AP

KIEV – Percubaan terbaharu Rusia untuk membunuh Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy gagal dilakukan oleh satu skuad penyerang baru-baru ini, dakwa sumber perisikan negara itu.

Percubaan itu gagal selepas skuad penyerang yang terdiri daripada 25 orang ditangkap di sempadan Ukraine dengan Slovakia.

Sepasukan lebih dua dozen pembunuh terlatih telah ditangkap oleh polis di Uzhgorod, barat Ukraine,semasa mereka dalam perjalanan ke Kiev, lapor portal berita Bild.

Dalam pada itu, sumber perisikan Ukraine memberitahu agensi berita Unian, pasukan penyerang tersebut diiringi oleh ejen perkhidmatan rahsia Rusia.



Mereka dilaporkan membawa arahan untuk membunuh Zelenskyy.

Menurut Unian, sebuah kumpulan anti-perang dalam perkhidmatan rahsia Rusia yang memberitahu Kiev tentang lokasi skuad itu.

Penahanan itu merupakan usaha terbaharu yang tidak berjaya untuk membunuh pemimpin Ukraine.

Sebelum ini terdapat banyak percubaan untuk membunuh Zalenskyy menemui kegagalan sejak pencerobohan Rusia bermula pada bulan lalu. – Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button