DAP patut bantu sama waris Mendiang Ewe

Parti Tindakan Demokratik-DAP cuba menuntut agar kerajaan membayar ganti rugi kepada waris Teo Beng Hock setara dengan bayaran yang diterima waris Allahyarham Adib.

Malangnya DAP terlupa untuk meminta bayaran untuk Mendiang Ewe yang terbunuh selepas jatuh dari tingkat 17 sebuah bangunan.



Ewe Swee Kheng, saksi utama kes melibatkan Lim Guan Eng dijumpai mati dpercayai terjatuh dari sebuah kondominium mewah di Jalan Kelawei Pulau Pinang.

Mendiang merupakan Presiden dan Pengarah Syarikat Ewein Bhd juga merupakan saksi utama kes rasuah pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang.

Menurut fakta kes, Lim Guan Eng telah meminta 10% daripada keuntungan projek berkenaan. Beliau juga mendapat RM3.3 juta sebagai imbuhan.

Bagaimanapun Ewein Bhd menolak sebarang andaian syarikat atau anak syarikat mereka terlibat dalam projek terowong dasar laut.



Mendiang Ewe bagaimanapun telah membuat kenyataan berakam kepada pihak SPRM beliau gusar mengenai keselamatan dirinya selepas pendedahan mengenai penglibatan Lim Guan Eng dalam projek terowong dasar laut.

Mendiang membayangkan Lim Guan Eng seorang yang ‘untouchable’.

Kenyataan Ewe dirakamkan pihak SPRM sebanyak 4 kali – 3,8 & 9 Julai 2020 dan terakhir pada 14 Ogos 2021. Beliau dijumpai mati bersebelahan kolam renang pada 5 Oktober 2021.

FAKTA KES LIM GUAN ENG DAN KETERANGAN MENDIANG EWE



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button