“Rumah Saya Bayar, Barang Mentah Saya Beli, Takkan Suami Kena Belajar Masak?”
Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila tular video memaparkan suami, Neelofa iaitu pendakwah bebas, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail tular di Twitter.
Menerusi video itu, PU Riz sedang sedang memberikan tip dan mengulas tentang isu rumah tangga. Namun, kenyataan PU Riz menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Atas sebab apa gov agency seperti KPWKM invite si Haris ni as one of speaker? 3mins pertama pun aku dah berbulu telinga dengar. Zaman skrg semua kena give and take. Bukannya sbb kau laki, bini kena buat semua. pic.twitter.com/iwp3cthRIE
— pinokio (@Kionopi188) March 9, 2022
“Rumah saya bayar, barang mentah saya sediakan, tapi kalau tak ada orang nak masak? Takkanlah saya pulak yang kena angkat beras, takkan saya pula kena belajar?” katanya.
Pengguna Twitter yang memuat naik video tersebut turut mempersoalkan mengenai kelayakan PU Riz sehingga dipanggil oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai salah seorang speaker.
Tidak kurang juga, ada netizen yang menghentam PU Riz itu yang didakwa tidak boleh bertolak ansur dengan isteri sendiri, tidak kurang juga ada yang mempersoalkan mengapa selebriti popular itu memilih pendakwah berkenaan sebagai suami.
Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah, PU Riz pada 27 Mac tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Rotikaya