Che’gu Bard berdepan saman dari Najib

 

 



Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard bakal berdepan saman daripada Dato Sri Najib Razak.

Beliau telah menulis satu artikel menerusi blog menyatakan ‘Najib mahu basahkan keris dengan darah Cina’ berdasarkan satu keratan akhbar.

Najib meminta Che’gu Bard membuktikan keratan akhbar tersebut serta tarikh terbitan. Beliau memberi tempoh 24 jam untuk Bard mengemukakan bukti bahawa beliau pernah berkata demikian.

Bila saya saman, saya akan saman juga kamu berhubung kenyataan kamu dalam video ini semasa kamu berkempen bagi PRK Kajang tahun 2014 di sini: “Chegubard: Masa Najib Tanya Apa Lagi Cina Mahu, Apa Chew Mei Fun Cakap?” – Najib Razak



Adakah Che’gu Bard menggunakan kedudukan beliau sebagai timbalan Pengerusi GIATMARA untuk terus berpolitik serta menabur fitnah terhadap pemimpin UMNO?

Beliau yang seringkali menulis hal berkaitan politik sewajarnya meletakkan jawatan jika mahu terus aktif dalam politik.

Bard yang sebelum ini sering menyerang Azmin Ali ketika menjadi Menteri Besar Selangor bertindak menutup mulut mengenai pembongkaran yang dibuatnya sendiri dalam hal salahlaku Azmin Ali.



Mengapa Bard tidak lagi membongkar hal Azmin Ali? Takut?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button