Dua tahun menunggu, Aedy Ashraf buat kejutan melamar Amelia Henderson

Tiada angin tiada ribut, pelakon Aedy Ashraf membuat kejutan apabila melamar pelakon Amelia Henderson di depan pentas ketika menjayakan Absolut Food Festival 2022 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Aksi romantis aktor berusia 29 tahun itu dirakam oleh peminat dan pengunjung yang hadir dan tular di aplikasi TikTok.

Menerusi video itu, Aedy dilihat melutut kononnya berpura-pura mengikat tali kasut sebelum melamar Amelia.

“Amelia Henderson, would you be my girlfriend? (Sudikah awak menjadi teman wanita saya?),” katanya.

Tidak mengambil masa panjang, Amelia menjawab ‘yes’ sebagai tanda setuju sambil disambut sorakan orang ramai sekaligus membuatkan aktor berkenaan teruja berlari gembira.

Dalam video tersebut, Aedy juga memberitahu menunggu dua tahun untuk melamar aktres kacukan India-Scotland itu.

Terdahulu, kisah percintaan mereka mula menjadi perbualan peminat semenjak bergandingan dalam drama Kisah Cinta Kita yang bersiaran pada November tahun lalu.

Rotikaya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker