Pu Riz bersyukur dikurniakan isteri sebaik Neelofa
Genap setahun usia perkahwinan, pendakwah bebas, Pu Riz menitipkan kata-kata manis buat suri hatinya, Neelofa.
Menerusi laman Instagramnya, Pu Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail, 27, meluahkan rasa syukur diikurniakan seorang isteri yang memiliki budi pekerti yang baik.
“Syukur pada Allah, dikurniakan isteri yang baik hatinya.
“Banyak lagi yang nak ditulis tapi tidak mengapa ku titipkan dalam doaku.
“Tidak ada perkara lain yang diharapkan melainkan perkahwinan ini diredhainya,” katanya.
PU Riz dan Neelofa, 33, diijabkabulkan pada 27 Mac tahun lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.