Remaja lelaki maut jatuh dari permainan setinggi 121 meter

ORLANDO, FLORIDA – Seorang remaja lelaki Amerika Syarikat (AS) dilaporkan maut selepas terjatuh daripada permainan menara drop tertinggi dunia pada ketinggian 121.92 meter, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Tire Sampson, 14, terkorban dalam insiden tersebut yang berlaku di taman hiburan ICON Park, bandar Orlando dalam negeri Florida pada pukul 11 pagi (waktu tempatan), Khamis lalu.

Sampson yang berasal dari negeri Missouri melawat Florida bersama keluarga rakannya, jelas Sherif Daerah Orange, John Mina ketika mengesahkan kejadian itu kelmarin.

Rakaman dimuat naik secara online menunjukkan pengendali permainan tersebut bercakap kepada pengunjung yang menaiki permainan tersebut sejurus sebelum mereka β€˜berlepas’.



β€œAdakah anda sudah memasang tali pinggang keledar. Tali pinggang keledar,’’ jerit pengendali itu ketika permainan bermula.

Mereka dinaikkan pada ketinggian lebih 100 meter sebelum dijatuhkan dengan laju. Siasatan awal menunjukkan tiada unsur jenayah berkaitan kes berkenaan, kata polis.

Jabatan Pertanian dan Perkhidmatan Pengguna Florida bagaimanapun akan meneliti sama ada terdapat masalah pada alat permainan tersebut.

ICON Park mengeluarkan kenyataan kelmarin mengenai kejadian itu. Menurutnya, menara drop yang dinamakan The Orlando FreeFall itu akan ditutup sementara menunggu siasatan penuh selesai.



Tidak jelas bilangan pemain yang menaiki Orlando Free Fall di taman hiburan berkenaan ketika kejadian. – Agensi

Kosmo

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker