Semua formula Rafizi GAGAL

 

Nama Rafizi Ramli kembali disebut-sebut kebelakangan ini. Kemunculan semula ‘PAKAR FORMULA KELENTONG’ ini dikaitkan dengan pemilihan PKR akan datang.

Dipercayai Rafizi akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Azmin Ali.



Beliau memilih untuk menyerang Najib sebagai langkah pertama kembali popular tetapi ternyata itu bukan pilihan yang bijak.

 

 



Jika dahulu rakyat mempercayai beliau kerana kepetahan berucap dan menanam doktrinisasi berjaya kini rakyat lebih matang dan bijak berfikir.

Lihat sahaja formula yang Rafizi kemukakan sepanjang beliau aktif politik sebelum mengambil keputusan mendiamkan diri dari dunia politik Malaysia.

Semua fomula beliau terutama GST, penurunan harga minyak, penurunan harga barang ternyata GAGAL dilaksanakan oleh Pakatan Harapan sepanjang 22 bulan memerintah.

Siapa yang Rafizi mahu salahkan atas kegagalan formula beliau yang kononnya seorang yang berfikir di luar kotak? Adakah beliau berani menuding Tun Mahathir? Lim Guan Eng? Wan Azizah? Atau Anwar Ibrahim sebagai punca gagalnya formula yang pernah dicanangkan?



Membawa gaya politik lama, Rafizi sebenarnya hanya mampu memberi teori sedangkan realitinya tiada satupun formula beliau berkesan untuk rakyat. Yang paling berkesan hanyalah formula fitnah dan tohmah yang Rafizi pernah lemparkan.

Ternyata ‘nyawa politik’ Rafizi hanyalah meratib nama Najib. Pernahkah beliau mengkritik Azmin Ali yang kini merupakan salah seorang Menteri Kanan dalam kabinet? 

Adakah bekas Ahli Parlimen Pandan ini cukup berani mengambil langkah lebih ‘luar kotak’ dengan menyenaraikan kegagalan bekas ahli PKR yang kini berjawatan dalam kabinet? 



Rafizi Ramli perlu membuktikan beliau seorang yang benar-benar hebat dalam politik dengan bertanding dimana sahaja Azmin Ali bertanding pada PRU15 kelak sebagai tanda beliau ada formula mengalahkan Azmin Ali.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button