Tiada lagi salah Najib – DAP

 

Buat pertama kali DAP tidak menyalahkan Najib Razak sebagai punca penangguhan pembesaran lapangan terbang Pulau Pinang.

Sebaliknya DAP menyalahkan ‘Langkah Sheraton’ sebagai punca mereka tidak dapat memastikan projek berkenaan dibuat walau telah diluluskan Najib pada 2018.

Kerajaan BN telah meluluskan peruntukan sebanyak RM700 juta kepada MAHB sebelum PRU14 dan kerja-kerja telah dimulakan MAHB. 

 

 

Bagaimanapun difahamkan selepas PRU14, Pakatan Harapan bertegas mahu menswastakan projek berkenaan atas alasan kerajaan sudah bangkrap.

Bajet yang diluluskan BN sebanyak RM700 juta telah dinaikkan ke RM1.2 billion oleh Pakatan Harapan dan dikatakan ada hubungkait dengan penglibatan kroni DAP.

Namun, persoalan utama ialah kenapa projek ini tidak disambung dan tak pernah bermula dalam tempoh pemerintahan kerajaan PH biarpun ianya sudah diluluskan? Apa yang dibuat oleh PH sepanjang 22 bulan memerintah?

MAHB telah dipersetujui dilantik untuk mejalankan projek berkenaan namun PH bertindak menangguhkannya hanya kerana kroni?

Mengapa tiba-tiba DAP menyalahkan ‘Langkah Sheraton’ selepas Najib membuat kejutan di Pulau Pinang tempohari?

KLIK UNTUK RUJUKAN

Adakah DAP berasa tergugat dengan sambutan rakyat Pulau Pinang kepada Najib lantas menukar naratif menuding kelemahan Pakatan Harapan kepada ‘Langkah Sheraton’?

Jadi selepas ini adakah DAP akan menuding semua kelemahan serta kegagalan mereka mentadbir selama 22 bulan kepada Muhyiddin Yassin?

 

Leave a Reply