Wakil Rakyat MUDA kerja asyik rayu kutip duit

Wakil rakyat MUDA Dun Puteri Wangsa, Amira Aisya membuat rayuan sumbangan untuk membiayai membaikpulih lot kedai yang terlibat dalam kebakaran di Tebrau.

Agak memalukan bagi seorang wakil rakyat hanya tahu merayu untuk mengutip wang tanpa berusaha mencari alternatif berbincang dengan kerajaan negeri bagi membantu pemilik lot kedai yang terlibat.

Lebih mengejutkan, Sultan Johor, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri mencemar Duli menziarahi peniaga terbabit. 

 

Baginda Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah Baginda sendiri akan mereka bentuk semula lot-lot kedai bagi memastikan keselesaan kepada pemilik serta pengunjung.



Ini merupakan tamparan kepada Parti MUDA khususnya Amira Aisya yang menang di DUN Puteri Wangsa.

Inikah wakil rakyat yang dibanggakan MUDA dan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman? Berjanji ketika kempen PRN Johor akan membina rumah tetapi apabila lot kedai terbakar, merayu untuk rakyat menderma.

Tidak ada guna menjadi wakil rakyat jika hanya tahu membuat video dan membuat ‘crowd funding’ tanpa berbincang dengan kerajaan negeri.

Adakah Amira sengaja mahu menunjukkan kononnya beliau kuat bekerja dengan menaikmuat video rayuan?



Respon netizen terhadap video Amira agak mengejutkan. Rata-rata mengkritik Amira dan MUDA kerana tidak tahu bekerja untuk rakyat sebaliknya hanya tahu ‘mengutip wang’ rakyat.

Sudahlah keadaan ekonomi sekarang tidak memberangsangkan, ada wakil rakyat asyik merayu bantuan daripada rakyat. Apa guna rakyat membayar gaji sebagai wakil rakyat?

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker