13,336 kes baharu COVID-19

 

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 13,336 kes positif baharu COVID-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu kini mencecah 4,152,203.

Pada masa sama, sebanyak 25,552 kes sembuh daripada COVID-19 direkodkan semalam, menyumbang kepada sejumlah 3,896,489 kes pulih di negara ini.

Ketika ini, sebanyak 220,872 kes aktif dikesan dengan sebilangan besar menjalani isolasi di rumah iaitu seramai 214,723 pesakit.

Bilangan pesakit COVID-19 yang menjalani rawatan di Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) menjadi tiga angka semalam, dengan sebanyak 873 kes manakala 4,988 kes lagi dirawat di hospital.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker