Syed Saddiq didakwa menipu isu nelayan Muar

 

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa menipu dalam isu nelayan di Muar. Perkara tersebut dibongkarkan oleh seorang nelayan dikenali sebagai Zulfeery Hamidon.

Zulferry yang merupakan nelayan di Parit Jawa mengkritik cara Syed Saddiq yang tidak mengambil inisiatif berjumpa dengan ahli Persatuan Nelayan di Muar bagi berbincang isu melibatkan nelayan.



Sebaliknya Saddiq memilih untuk bertemu nelayan secara berpilih-pilih untuk membuat ‘content’ TikTok bagi meraih publisiti murahan.

Zulfeery juga mempersoalkan keberadaan Saddiq semasa wabak covid melanda seluruh negara. 

“covid itu hari…apa dia (Syed Saddiq) buat?…kita minta 500 (bantuan), satu pun dia tak bagi”

 



Syed Saddiq juga didakwa tidak pernah ditemui sejak beliau menang PRU14 selain tidak berjumpa dengan Persatuan Nelayan Muar.

Cara beliau yang hanya bertemu dengan segelintir nelayan Cina juga dipertikaikan Zulferry. 

Jika diperhatikan, Syed Saddiq sememangnya akan memilih isu yang boleh memberi populariti kepadanya kerana publisiti seperti itu akan mengekalkan karier politiknya di Muar.



Bagaimanapun ada khabar menyatakan pada PRU15, Syed Saddiq akan bertukar kawasan parlimen lain.

Lihat sahaja semasa PRN Johor. Beliau sendiri tidak berani bertanding melainkan meletakkan wakil MUDA. Beliau juga tidak mengiringi calon MUDA untuk penamaan sebaliknya memilih menjadi pencadang kepada calon DAP.

‘National Embarrassment’ – PEJUANG malukan Mahathir



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button