Citarasa kontemporari raikan kedatangan Ramadan di Kojo dan 10 Gram

Dah ada plan berbuka puasa dengan ahli keluarga dan kawan-kawan tapi tak tahu dekat mana nak berbuka?

Apa kata anda cuba pelbagai sajian menarik sepanjang bulan Ramadan ini yang dihidangkan Restoran Kojo by 10 Gram yang terletak di Tamarind Square, Cyberjaya dan 10 Gram, Vista Alam, Shah Alam.

Dengan hanya RM69.90, anda berpeluang menikmati salah satu daripada sembilan hidangan utama termasuk lebih daripada 15 pilihan menu sampingan lain termasuk minuman panas dan sejuk yang disediakan di dua cawangan restoran berkenaan sepanjang Ramadhan ini.

Sembilan hidangan utama yang boleh menjadi pilihan anda seperti:



1) Nasi ’10gram’ with Deep Fried Wholeleg & Sambal
2) 12 Hour Smoked Beef Brisket with BBQ sauce
3) Wood smoked lamb leg with rosmery sauce
4) Roast chicken leg with blacl pepper sausce
5) Pan-seared salmon steak with lemon butter sauce
6) Mac & cheese with crispy chicken wing
7) Nasi minyak & ayam percik with papadom
8) Kambing bakar with sambal hitam
9) Ikan Saba bakar with sambal tumis & budu

Dengar nama menu pun dah buat terliur!

Selain itu, menu sampingan lain yang tidak kurang enaknya adalah seperti kuih-muih tempatan, popia, karipap, roti jala serta kuih ketayap turut dihidangkan sebagai pelengkap sajian anda.

Tidak ketinggalan, ada juga menu mi goreng, Caesar Salad, buah-buahan dan pelbagai variasi kek sebagai pemanis mulut.



Inilah masanya untuk makan sampai kenyang dengan pilihan juadah yang disediakan termasuk salah satu menu paling istimewa iaitu Nasi 10 Gram.

Nasi 10 Gram dilengkapi dengan Nasi Minyak istimewa dan Ayam Goreng bahagian peha,
papadom dan dua jenis sambal pedas.

Buffet Ramadan istimewa ini boleh didapati bermula 4 April ini bersamaan 2 Ramadhan, dari jam 6 petang setiap hari.

Untuk tempahan sesi berbuka puasa, anda boleh hubungi/WhatsApp 011-1195 2825

Potongan harga istimewa akan diberikan kepada tatamu yang membuat tempahan awal. Selamat menjalani ibadah puasa! – my-tv-online

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker