Eriksen kembali ceriakan Denmark

 

Pemain tengah Denmark Christian Eriksen menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya di stadium Copenhagen sejak terkena serangan jantung di gelanggang sama tahun lalu.

Kapten Denmark itu, menemui sasaran pada minit ke-57 untuk kemenangan 3-0 ke atas Serbia dalam aksi persahabatan di Stadium Parken – di mana dia tumbang ketika perlawanan Kejuaraan Eropah menentang Finland pada Jun.

“Untuk kembali ke Parken dan menjaringkan gol dengan sambutan yang saya terima… adalah sesuatu yang membuatkan bulu roma anda meremang. Saya rasa amat gembira,” kata Eriksen.

England dan Perancis turut merakam kemenangan dalam aksi persahabatan masing-masing.

Di Wembley, Ollie Watkins menjaringkan gol ketika memulakan permainan buat pertama kali untuk England yang menyaksikan anak buah Gareth Southgate menewaskan Ivory Coast 3-0.

Perancis menewaskan Afrika Selatan 5-0 dengan Kylian Mbappe dan Olivier Giroud turut menjaringkan gol.

Jerman dan Belanda seri 1-1 di Amsterdam manakala Itali menebus kekecewaan gagal layak ke Piala Dunia dengan menewaskan Turki 3-2 di Konya.

– AFP

Leave a Reply