Penjawat awam wanita terpaksa hutang lebih RM800,000, diperdaya Macau Scam

Penjawat awam wanita terpaksa hutang lebih RM800,000, diperdaya Macau Scam

Penjawat awam wanita terpaksa hutang lebih RM800,000, diperdaya Macau Scam
Penjawat awam wanita terpaksa hutang lebih RM800,000, diperdaya Macau Scam

HULU SELANGOR: Seorang penjawat awam wanita kerugian RM822,938 sehingga terpaksa berhutang dengan dua bank berlainan selepas menjadi mangsa penipuan Macau Scam, kelmarin.

Mangsa berusia 33 tahun menerima panggilan daripada lelaki menyamar sebagai kakitangan syarikat penghantaran memaklumkannya membuat kiriman kad pengenalan dan kad bank untuk dihantar ke Miri, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, mangsa kemudian dimaklumkan individu terbabit bahawa maklumat peribadinya digunakan orang lain.

“Suspek kemudian mengarahkan mangsa untuk berhubung dengan dua lagi lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis.

“Suspek memaklumkan wanita itu mempunyai rekod jenayah membabitkan kes pengubahan wang haram dan penyeludupan dadah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, suspek kemudian meminta butiran maklumat peribadi dan perbankan milik mangsa.

“Mangsa mendapati wang di dalam akaun banknya berkurangan sebelum mengambil keputusan untuk membuat laporan polis pada 11.34 pagi kelmarin,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker