Menu paling ringkas tapi buat anda tambah nasi dua kali!



Menjelang Ramadan pada hujung minggu ini, pastinya anda sudah mula terfikir-fikir menu apa nak bersahur.

Pastinya hidangan yang enak dan ringkas seperti ikan bilis goreng kicap cili padi ini menjadi pilihan ramai untuk dijadikan menu bersahur.

Mari kita tengok resepi menu yang pastinya membuatkan semua orang bertambah nasi dua pinggan!

Masa Penyediaan: 10 minit, Masa Memasak:5 minit, Jumlah Hidangan:4 orang
Resepi Oleh: Che’ Nom



Resepi Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi, hidangan yang paling cepat dan simple tapi boleh menyebabkan anda bertambah-tambah nasi bila makan dengan lauk macam ni.

Kos nak sediakannya pun murah, selain sesuai untuk menu orang bujang atau menu ‘menunggu gaji’ bak kata orang 🙂 Che Nom gunakan kicap manis dalam hidangan ni, jadi tak perlu lagi tambah gula. Garam pun tak perlu tambah lagi kerana ikan bilis tu dah masin rasanya.

Anak-anak Che Nom suka sangat makan Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi ni bersama nasi panas je. Kalau nak makan dengan bubur nasi atau roti pun boleh. Selamat Mencuba.

Resepi Che Nom





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker