Jijoe tarik diri Sukan Asia, fokus Olimpik

Jijoe tarik diri Sukan Asia, fokus Olimpik

Jijoe tarik diri Sukan Asia, fokus Olimpik
AZIZULHASNI kini memberi fokus kepada proses pemulihan yang dijangka memakan masa antara dua minggu hingga dua bulan susulan kemalangan dialaminya semasa latihan pada Jumaat lalu. – FB AZIZULHASNI AWANG

KUALA LUMPUR – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terpaksa membuat keputusan sukar dengan menarik diri daripada mengambil bahagian pada Sukan Asia Hangzhou di China bermula 23 September ini.

Azizulhasni, 35, yang mesra disapa Jijoe, mengumumkan perkhabaran duka itu dalam satu sidan media khas di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.

Olimpian dengan julukan nama The Pocket Rocketman itu terpaksa membuat keputusan berat tersebut disebabkan kecederaan kaki dan pinggul kiri susulan kemalangan dialaminya sewaktu sesi latihan di Velodrom Nasional Nilai pada Jumaat lalu.



“Dukacita saya maklumkan keputusan untuk menarik diri daripada Sukan Asia. Saya mohon maaf kepada kontinjen negara dan seluruh rakyat Malaysia yang berharap saya beraksi di sana (Hangzhou).

“Pada mulanya kecederaan saya tidak serius termasuklah selepas menjalani ujian imbasan dengan Institut Sukan Negara (ISN) tetapi selepas empat hari saya berasa sakit di bajagian badan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat


“Jadi, selepas perbincangan dengan ketua jurulatih John Beasley kami memutuskan untuk menarik diri daripada Sukan Asia kali ini bagi memberi fokus kepada Sukan Olimpik Paris tahun depan,” katanya.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu kini memberikan fokus kepada proses pemulihan untuk kembali ke tahap terbaiknya dalam misi memburu emas pada Olimpik Paris 2024.



Ketiadaannya menyaksikan kontinjen negara kini menaruh harapan terhadap pembawa Jalur Gemilang iaitu Mohamad Shah Firdaus Sahrom untuk memburu pingat emas pada temasya di Hangzhou nanti.

Tempat Azizulhasni bakal digantikan oleh Muhammad Fadhil Mohd. Zonis untuk acara keirin, manakala Muhammad Ridwan Sahrom dipilih bagi mengisi kekosongannya dalam kategori pecut. – KOSMO! ONLINE

Jijoe tarik diri Sukan Asia, fokus Olimpik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker