Gandingan Rafizi, Izzah bawa Revolusi ganti Reformasi

 

Oleh – Amran Klebang



Gandingan Rafizi Ramli bersama Nurul Izzah akan membuka lembaran baru revolusi yang akan menggantikan reformasi yang diperkenalkan Anwar selama 25 tahun.

Parti Keadilan Rakyat-PKR telah melalui era reformasi sejak 1998 bermula dengan pemecatan Anwar oleh Mahathir. Gerakan reformasi bagaimanapun terus menemui kegagalan untuk menguasai politik walau Anwar mempelbagaikan formasi politik.

ANWAR IBRAHIM IBARAT ‘SINGA TUA’ YANG HILANG TARING

Hanya dengan kesepakatan dalam Pakatan Harapan, PKR mula tampil kuat namun ketika itu Wan Azizah merupakan teraju utama PKR. Hanya selepas Anwar menang kerusi Post Dickson, reformasi dukungan Anwar mula menampakkan hasil.

Bagaimanapun impian reformasi untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri masih menemui jalan buntu. Sekali lagi reformasi kalah di tangan Mahathir apabila beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan sekaligus mengengkari perjanjian peralihan kuasa yang dipersetujui.



Kini Anwar hanyalah Ketua Pembangkang yang diberikan keistimewaan bertaraf Menteri dalam Parlimen. Reformasi semakin merudum dengan kekalahan teruk PKR di 2 PRN dan menanti masa untuk di’MUZIUM’kan.

MOTIF SEBENAR KEMUNCULAN SEMULA RAFIZI MASIH JADI PERSOALAN

Kemunculan semula Rafizi Ramli dalam kancah PKR selepas berdiam diri semasa era Pakatan Harapan penuh dengan persoalan. Mengapa sekarang dan bukan selepas Azmin Ali meninggalkan PKR bersama 9 lagi ahli parlimen PKR?

Apa motif sebenar Rafizi yang dilihat semakin selesa berganding dengan Nurul Izzah dalam PKR?

Pertemuan 6 mata Rafizi, KJ dan Izzah pernah mencetus polemik politik kemungkinan akan ada satu gerakan baru dalam PKR. Namun sehingga hari ini foto tersebut hanya tinggal foto.



Biarpun hanya selepas 3 tahun foto tersebut tersebar, bagi sesetengah pemerhati politik, gerakan politik perlulah mengambil masa untuk penghasilan terbaik.

Penawaran kepada pengundi amat penting dan gerakan politik sempurna diperlukan bagi memenuhi kehendak pengundi.

Revolusi yang akan memberi impak kepada politik tanahair akan menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada parti politik lain yang turut bersaing untuk menarik perhatian rakyat dan pengundi.

RAFIZI, IZZAH IKUT ACUAN SERANGAN MAHATHIR?

Cara serangan Rafizi terhadap ahli politik agak selari dengan serangan Mahathir terhadap ahli politik yang sama. Doktrinisasi yang cuba dibawakan Rafizi saling tidak tumpah seperti serangan Mahathir sebelum PRU14.



Ini menimbulkan persoalan adakah Rafizi akan menjadi tekong manakala Izzah akan menanti masa yang sesuai untuk muncul dalam ‘kapal’ yang sama bersama seorang lagi ahli politik?

Sidang pembaca boleh meneka siapa ahli politik tersebut tetapi penulis enggan mengambil risiko menamakan individu tersebut.

Penulis menjangkakan pada PRU15, Rafizi dan Izzah akan menggantikan Reformasi dengan Revolusi untuk PKR terus relevan kepada rakyat dan pengundi.

‘National Embarrassment’ – PEJUANG malukan Mahathir



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button