Muhyiddin mahu kembali jadi Perdana Menteri

 

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia-PPBM mahu Mahathir membantu beliau untuk kembali menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Pengerusi PEJUANG itu menyatakan demikian ketika di minta mengulas mengenai pertemuan mereka baru-baru ini.

 

“Muhyiddin jumpa saya, beliau mahu saya sokong percubaannya untuk jadi PM sekali lagi,”

Mahathir bagaimanapun tidak dapat memberi keputusan kepada permintaan Muhyiddin kerana tiada sebarang keputusan dibuat oleh PEJUANG.



Pendedahan Mahathir mengenai Muhyiddin bukanlah sesuatu yang mengejutkan tetapi cukup untuk membuktikan siapa sebenarnya yang GILA KUASA.

Muhyiddin dan Mahathir pernah bergandingan pada PRU14 bersama Pakatan Harapan dan membentuk kerajaan selepas menewaskan BN pada Mei 2018.

 

 

PPBM kemudiannya memilih untuk keluar daripada gabungan PH sekaligus memaksa Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri. PPBM kemudiannya menerima masuk Azmin Ali bersama ‘rombongan’ ke parti itu untuk menguatkan kedudukan Muhyiddin.

Muhyiddin pernah menyatakan parti itu sudah koyak rabak semasa berucap dipentas PRN Johor. Beliau sebelum itu menggugut untuk ‘menekan butang’ semasa kempen PRN Melaka.



“Kalau ada yang kata Johor kubu kuat UMNO…’podah’, dia sudah kalah dulu (PRU14),” ujar bekas Perdana Menteri itu.

Kenyataan Mahathir membongkar sikap sebenar Muhyiddin Yassin yang kekal menjadi ketua yang GAGAL dengan kekalahan berturut PPBM dalam 2 PRN.

“Semasa (Muhyiddin) jadi perdana menteri, kebanyakan orang tak puas hati dengan kepimpinannya,” 

“Beliau (Muhyiddin) bukan perdana menteri yang bagus. Jika beliau capai sesuatu yang hebat untuk negara, saya yakin tanpa sokongan daripada saya pun beliau boleh menang.” – Mahathir Mohamad

Adakah rakyat mahu menerima kembali Muhyiddin yang dilabelkan sebagai ‘Bapa Lockdown’ untuk kembali sebagai Perdana Menteri?

Boleh jika Muhyiddin mahu kembali tetapi beliau perlu menjelaskan terlebih kemana wang perbelanjaan darurat yang diluluskan tanpa kelulusan Parlimen dibelanjakan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker