Pemilihan PKR – Saifuddin akan kalahkan Rafizi

 

Nama Saifuddin Nasution Ismail tidak asing dalam Parti Keadilan Rakyat-PKR sejak 1999 bermula zaman Reformasi yang dicetuskan Anwar Ibrahim.

Saifuddin juga disebut-sebut akan mengalahkan Rafizi Ramli yang kini muncul semula untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Bermula dengan bertanding di kerusi Padang Serai dalam pilihanraya umum mewakili PKR namun beliau kalah. Setahun selepas itu Saifuddin menang kerusi Dun Lunas, Kedah dalam PRK Lunas.

Kalah sekali lagi dalam PRU pada 2004, tetapi menang pada 2008 di Parlimen Machang, Kelantan. Kalah pada 2013 di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu tetapi kembali semula pada 2018 di 2 kerusi, Parlimen Kulim-Bandar Baharu dan Dun Pantai Jerejak, Pulau Pinang.

Pernah bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR sebelum tewas di tangan Azmin Ali dan beliau kini merupakan Setiausaha Agung PKR sejak bagi mengambil alih kekosongan yang ditinggalkan Rafizi Ramli sejak 2016.

Secara tidak langsung, Saifuddin menunjukkan komitmen beliau serta kemampuannya dalam PKR jauh lebih baik dari saingannya Rafizi Ramli. Saifuddin juga tidak meninggalkan politik PKR ketika kalah.

Kualiti yang ada pada Saifuddin boleh membantu beliau memenangi perebutan jawatan PKR. Beliau yang berpengalaman berada dalam kabinet Pakatan Harapan sebagai Menteri KPDNHEP.

Pencapaian terbaik Saifuddin selaku Menteri KPDNHEP ialah menurunkan harga telur ayam sebanyak 2 sen. 

Farhash Wafa Salvador yang menawarkan diri untuk jawatan timbalan Presiden PKR dikatakan sanggup memberi laluan keapda Saifuddin berbanding Rafizi. 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker