Pemuda UMNO tidak berani sanggah Rafizi

 

Kemunculan Rafizi Ramli ke arena perdana politik negara agak mengejutkan apabila memfokuskan serangan terhadap UMNO sahaja.

Beliau memilih UMNO kerana menjangkakan parti itu adalah sasaran mudah untuk dijadikan modal kemunculan semula.

Ini semua hanyalah kerana pemilihan PKR yang akan berlangsung tidak lama lagi. Rafizi yang dikatakan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR memang memerlukan momentum bagi menaikkan popularitinya kembali.

Saingan sengit dalam PKR sendiri mampu menenggelamkan imej Rafizi yang terkenal dengan cara ‘hasut dulu, salah betul belakang kira’. 

Ini termasuk formula-formula beliau yang GAGAL termasuk menurunkan harga barangan keperluan tanpa GST. 

Mungkin pembaca masih ingat kisah cincin merah jambu yang seringkali dijadikan skrip Rafizi di atas pentas ceramah. Akhirnya terbukti dalam parlimen segala dakwaan Rafizi itu tidak benar dan perkara tersebut telah disahkan.

Apa yang menjadi kemusykilan sekarang, mana suara Pemuda UMNO untuk menentang kebangkitan Rafizi yang menyerang UMNO?

Mengapa mereka (Pemuda) hanya berdiam diri tanpa berani menyanggah kenyataan-kenyataan Rafizi yang memburukkan UMNO?

Sehingga hari ini, masih terbungkam suara Pemuda UMNO dari menyerang atau melontarkan komen terhadap serangan Rafizi. Adakah Pemuda Umno takut dengan Rafizi sehingga langsung tidak berkuit?

Memalukan jika suara Rafizi pun Pemuda Umno tidak dapat tangani. Adakah mereka hanya berharap kepada ‘Senior’ dalam Umno untuk menjawap segala tohmahan Rafizi?

Mungkin Pemuda mahu menanti ‘wahyu’ turun barulah mereka akan menyerang balas tetapi jika mengambil masa terlalu lama serangan sudah meresap ke pemikiran netizen dan rakyat.

Sampai bila Pemuda akan jadi ‘Patung Cendana’?

Gandingan Rafizi, Izzah bawa Revolusi ganti Reformasi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker