Russia siasat makmal biologi dikawal AS di Ukraine

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden (kiri) dan anaknya, Hunter (kanan) yang didakwa terbabit dalam pelaburan makmal senjata biologi di Ukraine. - Foto REUTERS

MOSCOW: Suruhanjaya Parlimen Russia (Duma) yang mengadakan mesyuarat pertamanya semalam, mengumumkan penubuhan empat kumpulan kerja bagi menyiasat makmal biologi yang dikawal Amerika Syarikat (AS) di Ukraine.

Suruhanjaya terbabit sebelum ini mendengar maklumat yang disampaikan oleh Menteri Pertahanan Russia berhubung siasatan terhadap kajian biologi oleh pakar AS di Ukraine.

Perkara itu dimaklumkan Perhimpunan Persekutuan Dewan Rakyat dalam satu kenyataan.



Ketika operasi khas tentera Russia, aktiviti biologi AS yang berbahaya didedahkan sedang dijalankan dalam wilayah Ukraine.

Menurut Pengerusi bersama Suruhanjaya dan Timbalan Pengerusi Duma Negara, Irina Yarovaya, perkara itu adalah berbahaya untuk Russia dan Ukraine.

“Kita bercakap mengenai aktiviti rahsia yang dikawal oleh Bahagian Pertahanan AS dengan tanda-tanda pembangunan senjata biologi.

“Keempat-empat kumpulan kerja itu akan menjalankan analisis secara terperinci terhadap dokumen dan fakta,” katanya.



Suruhanjaya juga sudah mengarahkan kumpulan kerja membabitkan pertahanan, keselamatan dan undang-undang antarabangsa menyiasat pembabitan Hunter Biden (anak Presiden AS, Joe Biden) dalam projek di Ukraine.

“Ini termasuk jemputan untuk mendengar penjelasan beliau dan Timbalan Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Politik AS, Vicoria Nuland,” kata Yarov.

Menurut Menteri Pertahanan Russia minggu lalu, dana pelaburan Rosemont Seneca, yang kini diuruskan oleh Hunter, digunakan bagi membiayai program biologi ketenteraan Pentagon di Ukraine.

Nuland pula sebelum ini pernah mengakui bahawa ‘Ukraine mempunyai kemudahan penyelidikan biologi’.



Suruhanjaya Parlimen Russia, yang ditubunkan minggu lalu, akan melaporkan penemuannya kepada Presiden Vladimir Putin, kerajaan dan pertubuhan antarabangsa.

Mesyuarat suruhanjaya itu yang seterusnya akan diadakan pada 4 April ini.

AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button