Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Ugadi

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Ugadi kepada masyarakat Telugu. - FB ISTANA NEGARA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ugadi kepada masyarakat Telugu.

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan semoga masyarakat berkenaan dilimpahi kesejahteraan, keafiatan dan keceriaan.

Seri Paduka berdua juga berharap sambutan itu mengukuhkan lagi ikatan perpaduan sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa di negara ini.

Kira-kira 500,000 komuniti Telugu di Malaysia menyambut Ugadi hari ini, iaitu bermulanya Tahun Baharu bagi masyarakat itu.



BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker