Orang ramai buat persediaan sambut Ramadan

Kuantan: Masyarakat Islam di negara ini yang akan mula berpuasa esok, memilih pasar awam dan pasar pagi untuk membeli barang keperluan sebagai persediaan menyambut Ramadan.

Tinjauan di Pasar Pagi Jaya Gading, di sini, hari ini mendapati orang ramai mula mengunjungi pasar pagi itu seawal jam 7.30 pagi.

Antara barang keperluan asas yang menjadi pilihan pengguna ialah ayam, daging lembu, ikan, kelapa serta sayur.



Bagi suri rumah, Jamaliah Jamaluddin, 45, dari Batu 8, di sini, dia berkunjung ke pasar pagi itu kerana mempunyai banyak pilihan.

Katanya, harga juga berpatutan dan barang basah juga segar berbanding di tempat lain.

“Memang sehari sebelum 1 Ramadan, saya akan datang ke ke sini untuk membeli barang keperluan terutama ayam dan daging.

“Lagipun di sini barang basah segar dan harganya juga berpatutan,” katanya.



Sementara itu, Hamdan Ismail, 50 dari Sungai Isap, di sini berkata ayam dan ikan serta sayur menjadi pilihan utama.

“Saya datang pada jam 8 pagi kerana sudah menjangkakan orang ramai akan mendapatkan barang keperluan di pasar ini.

“Saya harap pada Ramadan dan Syawal ini harga barang tidak naik secara mendadak terutama ayam,” katanya.

METRO



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button