Kesan tembak belakang kepala

TENTERA Ukraine meronda dengan kereta perisai di sebuah jalan di Bucha, barat laut Kyiv. FOTO AFP

Kyiv: Deretan mayat bergelimpangan dapat dilihat di Bucha di sini, menimbulkan pemandangan sayu di sebalik suasana ketenangan dihiasi pokok di bandar itu.

Antaranya terdapat 20 mayat yang berpakaian awam dan semuanya dalam keadaan berbeza semasa kematian.

Ada mayat dalam keadaan berbaring dengan mata tertutup tidak dapat melihat ke arah langit mendung Ukraine dan ada juga yang berbaring menghadap ke atas jalan tar.

Tiga daripada mayat orang awam yang ditemukan itu berselirat di dalam timbunan basikal yang juga kenderaan terakhir mereka manakala ada yang lain dilihat kulit melepuh serta bersisik.

Terdapat juga satu mayat yang ditemukan dengan tangan diikat ke belakang dengan pasport Ukraine milik mangsa dibiarkan terbuka di sebelahnya.

Itu antara catatan wartawan AFP yang berjaya mengakses bandar Bucha selepas pengunduran tergesa-gesa Rusia daripada pencerobohannya di wilayah sekitar Kyiv yang sekali gus mendedahkan kemusnahan baru.

Datuk Bandar Bucha, Anatoly Fedoruk berkata, semua mayat itu adalah mangsa bunuh dengan turut mempunyai kesan tembakan di belakang kepala.

“Sebanyak 280 jenazah lagi sudah dikebumikan di kubur besar di Bucha termasuk mayat sekeluarga yang ketika ditemukan masih terbaring di dalam kereta mempunyai kesan tembakan,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker