PPBM tunggu masa untuk di’talkin’kan

Parti Pribumi Bersatu Malaysia-PPBM boleh dianggap menunggu masa untuk di’talkin’kan dari dunia politik Malaysia pada PRU15.

Parti yang ditubuhkan oleh Muhyiddin Yassin bersama Mahathir merupakan parti yang bersifat dendam dan rakus dalam berpolitik.

Asas penubuhannya hanyalah kerana Muhyiddin disingkirkan dari jawatan beliau dalam kabinet ketika itu. Mahathir yang turut bersama dengan Muhyiddin pula hanya mempunyai satu cita-cita, iaitu jatuhkan Najib.

 

MANGSA POLITIK MAHATHIR

Sifat dendam Mahathir kepada Najib bukanlah sesuatu yang baru. Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi juga pernah menjadi ‘mangsa’ Mahathir bila enggan meluluskan jambatan bengkok yang menghubungkan Malaysia-Singapura.

Tun Abdullah juga pernah mendedahkan sikap sebenar Muhyiddin Yassin menerusi kenyataan beliau.

Menarik sekali selepas kekalahan teruk Perikatan Nasional yang ditunjangi PPBM kalah teruk dalam 2 PRN, Muhyiddin tiba-tiba berjumpa Mahathir.

Intipati pertemuan mereka didedahkan Mahathir dan ia amat mengejutkan. Mahathir menyatakan Muhyiddin meminta sokongannya untuk kembali menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Tidak terhenti setakat itu, malah Muhyiddin dikhabarkan turut mencari sokongan menerusi panggilan telefon namun permintaannya ditolak mentah-mentah.

DAP, WARISAN dan AMANAH secara jelas menolak sebarang kerjasama dengan Muhyiddin Yassin dan melabelkan beliau sebagai ‘Pengkhianat’.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/04/03/janji-tak-serupa-bikin-tikam-belakang-dap-amanah-tolak-kerjasama-muhyiddin/

Kini peluang Muhyiddin hanya terletak di tangan Mahathir namun PEJUANG belum memutuskan apa-apa keputusan. 

Jika PEJUANG turut menolak kerjasama dengan Muhyiddin maka masa depan PPBM akan gelap dan tidak mustahil Perikatan Nasional akan berkubur bersama PPBM.

Apa yang ditakuti Muhyiddin hingga terpaksa ‘melutut’ kepada parti lain? Adakah beliau tidak yakin dengan GERAKAN dan PAS yang menjadi komponen dalam Perikatan Nasional?

Terbukti PPBM kali ini melakukan kesilapan besar membawa dua parti yang tidak relevan bersama ke Perikatan Nasional.

Kini PPBM menanti detik-detik pengakhiran mereka.

Perjumpaan Mahathir, Muhyiddin hanya helah alih isu?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker