Budak tersangkut dalam mesin basuh diselamatkan

DUNGUN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berdepan detik cemas apabila tersangkut dalam mesin basuh di rumahnya di Jalan Beril, Kuala Paka, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa tersangkut dari kaki hingga pinggang di bahagian pengering pakaian mesin basuh separa automatik berkenaan ketika cuba mengambil lampu suluh miliknya yang terjatuh ke dalam mesin itu.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II Azman Alias, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka berjaya mengeluarkan mangsa kira-kira jam 9.30 malam.

Beliau berkata, anggota bomba terpaksa memotong drum mesin basuh berkenaan menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.

“Kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dalam tempoh setengah jam kemudian.

“Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker