Rafizi Ramli hanya mahu Najib untuk menang pemilihan

 

Siapa tidak kenal Rafizi Ramli di dunia politik Malaysia? Beliau adalah individu pengecut yang lari meninggalkan parti bila kalah pemilihan. Kini, Rafizi muncul semula dan mensasarkan Najib untuk memenangi pemilihan PKR.

Adakah beliau seorang yang mempunyai intergriti? Jika meneliti jawapan Rafizi pada 2019, ternyata beliau bukanlah individu yang boleh dipercayai sama sekali. 

 

 

“A person is not important in the long run. The ideal must survive. I had discharged my duty & my conscience intact” – Rafizi Ramli (2019)

Rafizi mendakwa pemilihan PKR pada 2018 didominasi kartel bagi merujuk individu tertentu dalam PKR. Beliau turut menyatakan ada manipulasi undi semasa pemilihan namun sehingga hari ini Rafizi TIDAK BERANI mendedahkan penyelewengan kepada parti.

 

 

Ini jelas menunjukkan beliau bukanlah individu yang boleh PKR harapkan untuk jawatan Timbalan Presiden. Jika Rafizi benar-benar layak, sudah pasti beliau akan mendedahkan segala bukti penyelewengan kepada parti dan membersihkan PKR dari unsur yang tidak baik.

MENGAPA RAFIZI PILIH NAJIB UNTUK KEMBALI KE KANCAH POLITIK?

Memang beliau memerlukan momentum yang menjadi bahan utama dalam politik Malaysia. Najib yang telah membantu kemenangan BN dalam PRK dan PRN adalah sasaran paling mudah untuk Rafizi tumpang.

Apa sahaja berkaitan Najib akan menjadi ‘buah mulut’ netizen dan Rafizi melihat ini peluang besar untuk beliau mencari kembali pengaruh dalam PKR dengan tampil sebagai ‘Hero’ PKR.

Hakikat sebenar, Rafizi jauh ketinggalan dari segi pengaruh kepada Saifuddin Nasution Ismail-Setiausaha Agung PKR.

Saifuddin yang kekal setia bersama PKR dilihat mempunyai peluang yang sangat baik untuk menjadi gandingan Anwar Ibrahim meneruskan perjuangan PKR di masa hadapan.

Bagi melemahkan pengaruh Saifuddin, Rafizi perlu menarik Anwar untuk ‘terjun’ bersama beliau dalam usaha mempengaruhi ahli PKR. Ternyata Anwar memang lemah-longlai dengan cara Rafizi dan beliau bersetuju untuk berdebat dengan Najib.

Menurut sumber bagi memastikan format Reformasi yang Anwar Ibrahim jadikan panduan kepada PKR dengan format Revolusi PKR, Rafizi dikatakan akan bergandingan dengan seorang lagi ahli politik jika memenangi pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR.

KUTIP DANA UNTUK ‘TABUR’ UNTUK MENANG JAWATAN?

Dikhabarkan gerakan yang mengutip ‘DANA POLITIK’ bagi menggerakkan program ‘Ayuh Malaysia’ akan digunakan semasa kempen pemilihan PKR.

Tidak dapat dipastikan samada benar atau tidak perkara tersebut tetapi dikalangan penyokong PKR sudah berlegar cerita siapa akan bayar siapa untuk menang.

Jika masih ingat satu ketika INVOKE diwujudkan dan dikhabarkan ada mengutip ‘DANA POLITIK’ tetapi kemana disalurkan kekal misteri.

Berapa jumlah kutipan INVOKE juga masih menjadi rahsia dan teka-teki ahli PKR. Siapa akan menjawap b bab dana tersebut? Adakah Rafizi akan tampil untuk menjelaskan segalanya? 

Jangan hanya tahu menuding dan meminta penjelasan daripada orang lain sedangkan bila kena batang hidung sendiri pelbagai alasan dicipta bagi mengelak dari terus menjawap.

“Game On” – Najib setuju debat

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker