Sabri Yunus tak kejar Datuk

See the source image

Kuala Lumpur: Pengarah dan pelakon berkaliber, Sabri Yunus, 61, tidak pernah terfikir dan berharap dirinya mendapat gelaran Datuk.

Sabri berkata, dia sudah bersyukur apabila mendapat dua anugerah pingat sebelum ini iaitu dari Istana Pahang pada 2004 dan Istana Kelantan (2014).

“Apa nama pingatnya, biarlah saya saja yang tahu tapi alhamdulillah, syukur. Dah ada dua pingat itu, bagi saya amat bermakna untuk dijadikan kenangan. Manakala gelaran Datuk, memang saya tak fikir pun.



“Saya juga tidak pernah ditawarkan lagi gelaran itu (Datuk) darpadai mana-mana negeri setakat ini. Pada saya, rasa susah juga nak menggalas gelaran itu nanti. Jadi, cukuplah dengan dua pingat yang diterima dari istana itu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Sabri, dia juga bimbang jika dirinya menjadi ‘orang lain’ apabila mendapat gelaran berkenaan. “Tapi, kalau nak beri saya kemudahan-kemudahan bekerja dan berkarya, saya memang naklah. Jika ada kerajaan nak beri tanah atau tempat untuk mudahkan saya bekerja itu lebih utama daripada gelaran.

“Kalau gelaran Datuk itu, hanya untuk saya seorang. Tapi, jika dapat kemudahan tempat bekerja, lokasi dan dana, ia boleh saya kongsi dengan ramai orang untuk berkarya. Gelaran bukan keutamaan pada saya,” katanya.

Menurut Sabri yang kini meledak dengan drama Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti, dia juga kemungkinan akan menolak tawaran gelaran itu jika menerimanya.



Drama Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti sebanyak 16 episod diarahkan Sabri kini ditayangkan di Astro Ria dari Isnin hingga Khamis jam 11 malam yang dibarisi pelakon lain seperti Wan Hanafi Su, Eman Manan, Farid Kamil, Issey Fazlisham, Saidi Sabri, Zee Khan Hussein dan ramai lagi.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button