Dua ditahan seleweng LPG bersubsidi

Dua ditahan seleweng LPG bersubsidi

Dua ditahan seleweng LPG bersubsidi
Sebahagian tong gas petroleum cecair yang dirampas KPDN Negeri Kedah dalam serbuan di sebuah stor penyimpanan di Kampung Perana, Mukim Ulu Melaka, Langkawi. – Foto NSTP/Ihsan KPDN

LANGKAWI: Dua lelaki ditahan selepas dipercayai terbabit dalam penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi dalam serbuan di sebuah stor di Kampung Perana, Mukim Ulu Melaka di sini, kelmarin.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth, berkata serbuan dilakukan sepasukan sembilan anggota KPDN cawangan Langkawi dan Putrajaya pada jam 10.15 malam.

“Ketika serbuan dua lelaki masing-masing berusia 40-an didapati sedang menjalankan aktiviti pemindahan LPG bersubsidi ke dalam tong gas industri secara haram.



“Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu adalah pemilik syarikat pemborong gas terbabit,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Affendi Rajini berkata, dalam serbuan itu masing-masing 20 tong LPG bersubsidi 12 kilogram (kg) dan LPG industri bersaiz 50kg serta 20 unit hos getah telah disita.

“Turut disita 312 tong LPG 12kg bersubsidi berisi penuh, dan 162 tong LPG (Industri) 50kg berisi penuh.

“Dua lelaki telah ditahan untuk siasatan lanjut dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM40,323,” katanya.



Beliau berkata, kes disiasat di bawah Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 atas kesalahan melanggar syarat khas lesen.

 

Cubaan seleweng minyak diesel tumpas



Dua ditahan seleweng LPG bersubsidi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Adakah 5 Hakim Mahkamah Persekutuan Akan Memuktamadkan Keputusan Kes SRC Pada 19 Januari Ini

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading