Chelsea dijangka guna formasi 3-5-2 jumpa Palace

LONDON: Chelsea akan bertandang ke Selhurst Park untuk aksi tetangga London bertemu Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu ini.

Sebelum rehat perlawanan antarabangsa, Chelsea diikat 1-1 oleh Red Bull Salzburg dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah di Stamford Bridge.

Pengendalinya, Graham Potter dijangka menggunakan formasi 3-5-2 untuk perlawanan ini. Wesley Fofana akan memulakan permainan manakala Cesar Azpilicueta akan bermula di bangku simpanan untuk aksi di tempat lawan ini.



Kepa Arrizabalaga akan menjaga gawang The Blues selepas dibolosi satu gol oleh Salzburg di pentas Eropah. Kelab London Barat itu akan meletakkan Marc Cucurella, Thiago Silva, Fofana untuk membantu Arrizabalaga di bahagian benteng.

Mateo Kovacic, Jorginho dan Mason Mount akan menerajui barisan tengah dengan Raheem Sterling membantu di sayap kiri dan Reece James di sayap kanan.

Pierre Emerick-Aubameyang dan Kai Havertz akan menerajui barisan serangan Chelsea, manakala Armando Broja menjadi penyerang simpanan.

Chelsea kini di tangga ketujuh liga dengan 10 mata selepas enam perlawanan, manakala Palace di tangga ke-16 pada enam mata, dengan jumlah perlawanan yang sama.



– AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button