Pembangkang akhirnya akan setuju angkat Muhyiddin?

Oleh – Bakhtiar Omar

Pertemuan antara Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin agak menggemparkan politik nasional dengan pendedahan dibuat oleh Pengerusi PEJUANG itu.

Menurut Mahathir, Muhyiddin meminta sokongan untuk sekali lagi dinaikkan menjadi Perdana Menteri. Walaupun sumber terdekat dari parti menafikan, dikatakan ada perjanjian sulit dilakukan semasa pertemuan tersebut.

Namun ia tidak didedahkan kepada umum kerana mahu menanti masa yang sesuai untuk dihebahkan.

PERJANJIAN SULIT ATAU PERJANJIAN ‘SYAITAN’?

Dalam perjanjian sulit tersebut, semua pihak termasuk Pakatan Harapan bersetuju untuk tidak mencalonkan Mahathir sebagai Perdana Menteri sebaliknya menamakan Muhyiddin.

Anatara sebab tidak menamakan Mahathir kerana faktor umur dan hasratnya yang tidak mahu bertanding pada PRU15.

Bagaimanapun perjanjian sulit tersebut tidak menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon PM kerana menghormati Mahathir yang tidak menyenangi Anwar sejak 1998.

Malah jika dikaji semula keruntuhan Pakatan Harapan, ia bermula dari tekanan pihak yang mahu peralihan kuasa Mahathir ke Anwar dilakukan mengikut tempoh ditetapkan.

Sejarah antara Mahathir-Anwar dalam politik tidak menunjukkan rekod yang baik apabila beliau memecat Anwar yang pada ketika itu adalah Timbalannya.

PAS TIDAK LAYAK UNTUK DIBERIKAN PELUANG MENJADI PM

Dalam pada itu, Presiden PAS Tan Sri Hj Hadi Awang juga dikatakan tidak layak untuk dijadikan calon PM memandangkan PAS tidak mempunyai kekuatan untuk memenangi PRU15. Rekod PAS dalam 2 PRN dilihat sebagai satu sebab mengapa Hadi tidak disenaraikan dalam perjanjian sulit tersebut.

Bagi Pakatan Harapan yang merangkumi DAP, AMANAH, MUDA pula mereka akur rakyat semakin tidak menerima agenda politik PH selepas PRU14. Antara sebab penolakan berlaku apabila kegagalan PH memenuhi manifesto mereka dan Mahathir pula menyatakan manifesto bukan kitab suci yang perlu diikuti sepenuhnya.

Konflik dalaman PH semasa PRN Johor yang menyaksikan PKR menggunakan lambang sendiri menjadi ‘api dalam sekam’ dalam hubungan sesama mereka. Kecewa dengan sikap Anwar, pemimpin dalam PH cuba menutup segala dengan helah kononnya mereka masih kuat namun hakikat sebenar berbeza.

MUHYIDDIN YASSIN CALON TUNGGAL DAN AKAN DITERIMA SEMUA PIHAK

Ini menjadikan Muhyiddin sebagai calon tunggal untuk dinamakan sebagai Perdana Menteri sekiranya PH dan PN bergabung bagi melawan BN.

Tidak mustahil kerjasama ini akan terbentuk memandangkan mereka pernah bekerjasama sebelum ini dan sangat selesa bergerak bersama.

Adakah rakyat akan sekali lagi jatuh dalam lubang yang sama seperti PRU14 dan mahu saksikan kerosakan teruk kepada sistem demokrasi Malaysia akibat ketidakstabilan politik? 

Belum pernah dalam sejarah politik Malaysia, Perdana Menteri bertukar 3 kali sebelum habis penggal pilihanraya umum.

Cuma Malaysia bernasib baik apabila UMNO kembali menerajui kerajaan walau tidak sepenuhnya dan rakyat sudah menilai kemampuan setiap parti yang diberikan peluang mentadbir.

Apa nasib rakyat Malaysia selepas PRU15 akan ditentukan mereka sendiri samada masih mahu mempercayai propaganda indah atau kembali kepada realiti sebenar kehidupan harmoni seperti sebelum PRU14.

 

Perjumpaan Mahathir, Muhyiddin hanya helah alih isu?

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker