Rafizi Ramli ‘pakar’ pelingkup syarikat

 

Rafizi Ramli yang sedang berusaha menjadi ‘pakar’ ekonomi bila mengulas kerugian yang ditanggung Sapura dengan mensasarkan Najib Razak rupanya hanyalah ‘pakar pelingkup syarikat’.

Beliau mengulas kerugian Sapura Energy berhari-hari namun dijawap dengan segala fakta oleh Najib. Rafizi juga mencabar Najib untuk berdebat dan cabaran tersebut telah diterima.

Rafizi akan bergandingan dengan Anwar Ibrahim untuk sepentas dengan Najib Razak pada tarikh dan masa yang akan ditentukan kelak.

2 SYARIKAT YANG KERUGIAN DAN BAKAL ‘LINGKUP’ MILIK RAFIZI?

Bagaimanapun kejutan berlaku apabila pendedahan kerugian dua buah syarikat dikatakan milik Rafizi.



Invoke Solutions Sdn Bhd dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM3.45 juta sejak ditubuhkan. Adnexio turut mengalami kerugian berjumlah RM1.13 juta sejak ditubuhkan.

Melucukan bagaimana seorang pemilik syarikat yang mengalami kerugian mahu mengulas kerugian syarikat gergasi. Ibarat ‘menepuk air didalam dulang’, Rafizi sebenarnya hanya fokus untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dan bukan soal ekonomi yang sebenarnya.

Nampaknya segala formula ekonomi Rafizi tidak lebih nilainya dari pembelajaran menguruskan koperasi sekolah rendah. 

Matlamat sebenar Rafizi yang mahu mencari populariti sudah boleh dibaca ramai pihak. Secara tiba-tiba beliau muncul selepas mengumumkan persaraan dari dunia politik pada 2019 mestilah mempunyai sebab tertentu.



KALAU RAFIZI BENAR BIJAK, MAHATHIR AKAN LANTIK DALAM KABINET PH TETAPI…….

Pelik bila Pakatan Harapan mentadbir selepas berjaya mengambil alih Putrajaya dari BN, Rafizi langsung tidak berani mencadangkan formula-formula beliau kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng atau kepada Tun Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu.

Jika beliau benar-benar seorang yang bijak seperti yang ditonjolkan sekarang, tidak mustahil Mahathir akan menyenaraikan namanya dalam kabinet atau sekurangnya dilantik sebagai Senator untuk mengisi jawatan dalam kabinet.

Jelas sekali kembalinya Rafizi Ramli ke kancah politik hanyalah untuk jawatan dan perhatian politik negara. Adakah ahli PKR akan memberi peluang kepada Rafizi sekali lagi sedangkan beliau sendiri ibarat ‘ketam mengajar anak jalan lurus’.

Pasti pemilihan PKR kali ini akan lebih dramatik dan menarik perhatian dengan aksi ‘stuntman’ seperti lazim berlaku.

Rafizi Ramli hanya mahu Najib untuk menang pemilihan

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker