Azalina Beri Amaran Enggan Hadir RCI Batu Puteh Boleh Di Tangkap

Azalina Beri Amaran Enggan Hadir RCI Batu Puteh Boleh Di Tangkap

Azalina Beri Amaran Enggan Hadir RCI Batu Puteh Boleh Di Tangkap

 

Perdana Menteri yang membuat keputusan secara sembunyi adalah individu yang bertanggungjawab menyebabkan Malaysia kehilangan Batu Puteh dalam proses rayuan di mahkamah antarabangsa.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Undang Undang & Reformasi Institusi, Azlina Othman di Dewan Negara.



Ketika itu beliau membuat keputusan secara bersendirian, tanpa sesiapa mengetahuinya termasuk Peguam Negara yang bercuti ketika itu.

Peguam Negara cuti empat hari garden leave.”

“Dipaksa cuti, tiada ada siapa yang tahu.”

“Keputusan dibuat sembunyi-sembunyi menyebabkan kita hilang Batu Puteh dalam proses rayuan antarabangsa.”



“Dan tidak seorang pun menggembar-gemburkan isu ini dan mengaitkan dengan soal kehilangan kedaulatan.”

“Perkara ini sudah disiasat pasukan petugas khas.”

“Dia dipanggil tetapi dia tak datang dan kini sudah ada Suruhanjaya Diraja (RCI).”

“Beliau boleh dipanggil, jika tidak hadir boleh ditangkap,” tegas Azalina.



Azalina menjelaskan, perkara itu berlaku bukan ketika beliau menjawat jawatan menteri.

Beliau menjelaskan Malaysia tidak akan kehilangan Batu Puteh, jika peristiwa itu berlaku ketika beliau menjadi menteri.

Malaysia kehilangan Pulau Batu Puteh ketika PH menjadi kerajaan kali pertama yang diterajui oleh Dr Mahathir.

Kerajaan ketika itu menarik balik permohonan membatalkan keputusan ICJ yang menganugerahkan bidang kuasa undang-undang Batu Puteh kepada Singapura, pada 28 Mei 2018.



Walau pun Azalina tidak menamakan siapakah bekas perdana menteri tersebut, namu umum mengetahui ianya berkaitan Dr Mahathir.

Terpulang kepada Dr Mahathir sama ada mahu ditangkap atau memberikan kerjasama denga RCI Batu Puteh apabila dipanggil.

 

Azalina Beri Amaran Enggan Hadir RCI Batu Puteh Boleh Di Tangkap

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button