Jersi ‘Tangan Tuhan’ Maradona berharga RM22 juta

LONDON: Jersi ‘Tangan Tuhan’ Argentina dipakai Diego Maradona pada Piala Dunia 1986 dijangka akan dijual dengan harga £4 juta (RM22.05 juta) dalam satu sesi lelongan.

Ikon legenda itu menjaringkan kedua-dua gol ketika suku akhir berdepan England.

Gol pertama Maradona dijaringkan secara kontroversi apabila menggunakan tangan bagi menewaskan Peter Shilton.



Bagaimanapun gol kedua dijaringkannya digelar “Gol Abad Ini.”

Jersi ikonik berwarna biru dipakai Maradona bernombor 10 itu dimiliki bekas pemain tengah skuad Three Lions, Steve Hodge.

Hodge menukar jersinya dengan Maradona selepas kekalahan mengecewakan itu.

Pemain berusia 59 tahun itu tidak melalui hari yang bagus dalam perlawanan berkenaan.



Hodge juga secara tidak sengaja memberikan bola kepada Maradona yang menyebabkan gol ‘Tangan Tuhan’ itu.

Hodge berkata: “Saya menjadi pemilik jersi ini selama lebih 35 tahun, sejak Diego dan saya menukar jersi di terowong selepas perlawanan popular itu.

“Ia memang satu penghormatan bermain menentang seorang daripada pemain terhebat dan menakjubkan sepanjang zaman itu.”

AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button